Sejarah bantahan Projek IC Projek_IC

Beberapa pihak telah mengemukakan bantahan terhadap Projek IC ini.

  1. Pada 15 Mac 2007, Datuk Patrick Sindhu selaku Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash) akan meneruskan usahanya untuk menghalang pihak berkuasa JPN daripada mengeluarkan kad pengenalan kepada rakyat asing melalui 'pintu belakang' Projek IC. [11][12]
  2. Pada 24 September 2011, Presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok, semasa Kongres Perwakilan Upko menyatakan penduduk Sabah telah meningkat secara drastik, khususnya di antara tahun 1990 dan 2000.Dompok mendakwa, pertabalan seorang ahli perniagaan Sabah sebagai Sultan Sulu adalah ekoran kebanjiran pendatang asing dari selatan Mindanao.[13]
  3. Eric Majimbun selaku ahli parlimen Sepanggar dan Timbalan Presiden SAPP , telah membangkitkan isu tersebut beberapa kali di Parlimen dan semasa mesyuarat BN.Tetapi mantan perdana menteri dan perdana menteri sekarang gagal mengambil apa-apa tindakan.Malangnya Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong menafikan kewujudan Projek IC itu.
  4. Khalid Jaafar menyatakan bahawa Tan Sri Megat Junid Megat Ayob dan Ketua Setiausaha Negara , Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lain-lain agensi yang semuanya di bawah Kementerian Dalam Negeri terlibat. Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR dan pernah menjadi Setiausaha Akhbar, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi TPM. Khalid mendakwa Anwar tidak pernah menjadi Menteri Dalam Negeri atau memangku jawatan itu.Kelaziman, satu Kementerian tidak boleh mencampuri urusan Kementerian lain.[14] Anwar sebagai TPM tidak dirujuk.Namun,warga asing yang tinggal 20, 30 tahun di sini sepatutnya diberikan kerakyatan sekiranya golongan itu mencapai kelayakan dan melalui proses yang sepatutnya. [15] Khalid mendakwa operasi sama digunakan untuk menumbangkan kerajaan PR di Selangor.[16] Pada 26 Mac 2011, seorang ahli PKR membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi Sepang berhubung dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Indonesia.Jumlah pengundi baru Hulu Selangor 15,000 orang.
  5. Pada 1980-an, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pernah membongkar terdapat 30,000 kes pengundi dalam daftar pemilih SPR.Tetapi isu itu ditenggelamkan oleh momokan Kristianisasi PBS.Pada 1994, terdapat pertindihan berlipat ganda kad-kad pengenalan yang sama dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).[17]
  6. Pengalaman Dr Syed Azman Syed Ahmad selaku Setiausaha PAS, mendakwa ‘Projek Isuzu’ berlaku pada Pilihan raya umum Malaysia 1995 bagi menumbangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awangdi kawasan parlimen Marang. Beliau mendakwa JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN mendaftarkan beratus-ratus pekerja kilang dari Pekan, Pahang bagi mendaftar undi di kawasan parlimen Marang Terengganu.[18]
  7. Lim Kit Siang mendakwa kemenangan Ketua Menteri Sabah ,Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah (SAPP) diisytiharkan tidak sah kerana terdapat banyak nama yang tidak "halal" (pengundi hantu) dalam senarai pemilih dalam perbicaraan petisyen pilihanraya kawasan DUN Likas pada 1999. Jurnal-jurnal antarabangsa seperti International Studies Quarterly turut mendedahkan bukti-bukti pemberian IC ini.Pada 2006,Jabatan Perangkaan Negara menganggarkan 25 % (=750,000) daripada jumlah penduduk di Sabah terdiri warganegara bukan Malaysia.[19] Antara saksi perbicaraan kes itu ialah Mutalib Mohd Daud atau Mutalib MD. Mutalib MD adalah Setiausaha UMNO Bahagian Silam.Mutalib berasal dari Semenanjung Malaysia dan berhijrah ke Sabah pada 1970-an.Dalam petisyennya, dari 43,000 ahli UMNO Silam, hanya 14,000 mempunyai IC tulen.IC Palsu: Pendedahan beliau ditulis dalam 4 buah buku ; 'Merampas Hak Anak Sabah (1999) (IC Palsu: Away Hak rakyat Sabah), Pengundi Untuk dipajak (Pengundi untuk Disewa), IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir "(2006) (IC Projek? , Mahathir Agenda Tersembunyi?), 007 Lelaki Malaysia Terakhir (2007) (Malaysia Last).
  8. Setiausaha agung Upko, Wilfred Madius Tangau menolak pendaftaran pengundi secara automatik kerana rakyat asing di Sabah yang mendapat kad pengenalan menerusi 'Projek IC' akan menjadi pengundi.Rata-rata pembangkang di Semenanjung menyokong pendaftaran pengundi secar automatik. Bilangan kerusi Sabah dan Sarawak tidak mencerminkan tunturan dalam Suruhanjaya Cobbold . Pada 1963: Malaya (104) kerusi parlimen, Sabah (16) dan Sarawak (24). Pada 1974 : Semenanjung (154) manakala Sabah dan Sarawak tidak bertambah. Pada 2008: Sabah (25), Sarawak (21) daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen.[20]